"Aad" adalah nama bapa suatu suku yg
hidup di jazirah Arab di suatu tempat bernama "Al-Ahqaf" terletak di
utara Hadramaut atr Yaman dan Umman dan termasuk suku yg tertua sesudak kaum
Nabi Nuh serta terkenal dgn kekuatan jasmani dlm bentuk tubuh-tubuh yg besar
dan sasa. Mereka dikurniai oleh Allah tanah yg subur dgn sumber-sumber airnya
yg mengalir dr segala penjuru sehinggakan memudahkan mereka bercucuk tanam utk
bhn makanan mrk. dan memperindah tempat tinggal mereka dgn kebun-kebun bunga yg
indah-indah. Berkat kurnia Tuhan itu mereka hidup menjadi makmur, sejahtera dan
bahagia serta dlm waktu yg singkat mereka berkembang biak dan menjadi suku yg
terbesar diantara suku-suku yg hidup di sekelilingnya.
Sebagaimana dgn kaum Nabi Nuh kaum Hud ialah
suku Aad ini adalah penghidupan rohaninya tidak mengenal Allah Yang Maha Kuasa
Pencipta alam semesta. Mereka membuat patung-patung yg diberi nama "
Shamud" dan " Alhattar" dan itu yg disembah sebagai tuhan mereka
yg menurut kepercayaan mereka dpt memberi kebahagiaan, kebaikan dan keuntungan
serta dapat menolak kejahatan, kerugian dan segala musibah. Ajaran dan agama
Nabi Idris dan Nabi Nuh sudah tidak berbekas dlm hati, jiwa serta cara hidup
mereka sehari-hari. Kenikmatan hidup yg mereka sedang tenggelam di dlmnya
berkat tanah yg subur dan menghasilkan yg melimpah ruah menurut anggapan mereka
adalah kurniaan dan pemberian kedua berhala mereka yg mereka sembah. Krnnya
mereka tidak putus-putus sujud kpd kedua berhala itu mensyukurinya sambil
memohon perlindungannya dari segala bahaya dan mushibah berupa penyakit atau
kekeringan.
Sebagai akibat dan buah dari aqidah yg sesat
itu pergaulan hidup mereka menjadi dikuasai oleh tuntutan dan pimpinan Iblis,
di mana nilai-nilai moral dan akhlak tidak menjadi dasar penimbangan atau
kelakuan dan tindak-tanduk seseorg tetapi kebendaan dan kekuatan lahiriahlah yg
menonjol sehingga timbul kerusuhan dan tindakan sewenang-wenang di dlm
masyarakat di mana yg kuat menindas yg lemah yg besar memperkosa yg kecil dan
yg berkuasa memeras yg di bawahnya. Sifat-sifat sombong, congkak, iri-hati,
dengki, hasut dan benci-membenci yg didorong oleh hawa nafsu merajalela dan
menguasai penghidupan mereka sehingga tidak memberi tempat kpd sifat-sifat
belas kasihan, sayang menyayang, jujur, amanat dan rendah hati. Demikianlah
gambaran masyarakat suku Aad tatkala Allah mengutuskan Nabi Hud sebagai nabi
dan rasul kpd mereka.
Nabi Hud Berdakwah Di Tengah-tengah Sukunya
Sudah menjadi sunnah Allah sejak diturunkannya
Adam Ke bumi bahawa dari masa ke semasa jika hamba-hamba-Nya sudah berada dlm
kehidupan yg sesat sudah jauh menyimpang dari ajaran-ajaran agama yg dibawa
oleh Nabi-nabi-Nya diutuslah seorg Nabi atau Rasul yg bertugas utk menyegarkan
kembali ajaran-ajaran nabi-nabi yg sebelumnya mengembalikan masyarakat yg sudah
tersesat ke jalanlurus dan benar dan mencuci bersih jiwa manusiadari segala
tahayul dan syirik menggantinya dan mengisinya dgn iman tauhid dan aqidah yg
sesuia dgn fitrah.
Demikianlah maka kpd suku Aad yg telah
dimabukkan oleh kesejahteraan hidup dan kenikmatan duniawi sehingga tidak
mengenalkan Tuhannya yg mengurniakan itu semua. Di utuskan kpd mereka Nabi Hud
seorg drp suku mereka sendiri dr keluarga yg terpandang dan berpengaruh terkenal
sejak kecilnya dgn kelakuan yg baik budi pekerti yg luhur dan sgt bijaksana dlm
pergaulan dgn kawan-kawannya.
Nabi Hud memulai dakwahnya dgn menarik
perhatian kaumnya suku Aad kpd tanda-tanda wujudnya Allah yg berupa alam
sekeliling mereka dan bahawa Allahlah yg mencipta mereka semua dan mengurniakan
mereka dgn segala kenikmatan hidup yg berupa tanah yg subur, air yg mengalir
serta tubuh-tubuhan yg tegak dan kuat. Dialah yg seharusnya mereka sembah dan
bukan patung-patung yg mereka perbuat sendiri. Mereka sebagai manusia adalah
makhluk Tuhan paling mulia yg tidak sepatutnya merendahkan diri sujud menyembah
batu-batu yg sewaktunya dpt mereka hancurkan sendiri dan memusnahkannya dari
pandangan.
Di terangkan oleh Nabi Hud bahaw adia adalah
pesuruh Allah yg diberi tugas utk membawa mereka ke jln yg benar beriman kpd
Allah yg menciptakan mereka menghidup dan mematikan mereka memberi rezeki atau
mencabutnya drp mereka. Ia tidak mengharapkan upah dan menuntut balas jasa atas
usahanya memimpin dan menuntut mereka ke jln yg benar. Ia hanya menjlnkan
perintah Allah dan memperingatkan mereka bahawa jika mrk tetap menutup telinga
dan mata mrk menghadapi ajakan dan dakwahnya mereka akan ditimpa azab dan
dibinasakan oleh Allah sebagaimana terjadinya atas kaum Nuh yg mati binasa
tenggelam dlm air bah akibat kecongkakan dan kesombongan mereka menolak ajaran
dan dakwah Nabi Nuh seraya bertahan pada pendirian dan kepercayaan mereka kpd
berhala dan patung-patung yg mereka sembah dan puja itu.
Bagi kaum Aad seruan dan dakwah Nabi Hud itu
merupakan barang yg tidak pernah mrk dengar ataupun menduga. Mereka melihat
bahawa ajaran yg dibawa oleh Nabi Hud itu akan mengubah sama sekali cara hidup
mereka dan membongkar peraturan dan adat istiadat yg telah mereka kenal dan
warisi dr nenek moyang mereka. Mereka tercengang dan merasa hairan bahawa seorg
dr suku mereka sendiri telah berani berusaha merombak tatacara hidup mereka dan
menggantikan agama dan kepercayaan mereka dgn sesuatu yg baru yg mereka tidak
kenal dan tidak dpt dimengertikan dan diterima oleh akal fikiran mereka. Dgn
serta-merta ditolaklah oleh mereka dakwah Nabi Hud itu dgn berbagai alasan dan
tuduhan kosong terhadap diri beliau serta ejekan-ejekan dan hinaan yg
diterimanya dgn kepala dingin dan penuh kesabaran.
Berkatalah kaum Aad kpd Nabi Hud:"Wahai
Hud! Ajaran dan agama apakah yg engkau hendak anjurkan kpd kami? Engkau ingin
agar kami meninggalkan persembahan kami kpd tuhan-tuhan kami yg berkuasa ini
dan menyembah tuhan mu yg tidak dpt kami jangkau dgn pancaindera kami dan tuhan
yg menurut kata kamu tidak bersekutu. Cara persembahan yg kami lakukan ini
ialah yg telah kami warisi dr nenek moyang kami dan tidak sesekali kami tidak
akan meninggalkannya bahkan sebaliknya engkaulah yg seharusnya kembali kpd
aturan nenek moyangmu dan jgn mencederai kepercayaan dan agama mereka dgn
memebawa suatu agama baru yg tidak kenal oleh mereka dan tentu tidak akan
direstuinya."
Wahai kaumku! jawab Nabi Hud,Sesungguhnya Tuhan
yg aku serukan ini kpd kamu utk menyembah-Nya walaupun kamu tidak dpt
menjangkau-Nya dgn pancainderamu namun kamu dpt melihat dam merasakan wujudnya
dlm diri kamu sendiri sebagai ciptaannya dan dlm alam semesta yg mengelilingimu
beberapa langit dgn matahari bulan dan bintang-bintangnya bumi dgn
gunung-ganangnya sungai tumbuh-tumbuhan dan binatang-binatang yg kesemuanya dpt
bermanfaat bagi kamu sebagai manusia. Dan menjadi kamu dpt menikmati kehidupan
yg sejahtera dan bahagia. Tuhan itulah yg harus kamu sembah dan menundukkan
kepala kamu kpd-Nya.Tuhan Yang Maha Esa tiada bersekutu tidak beranak dan
diperanakan yg walaupun kamu tidak dpt menjangkau-Nya dgn pancainderamu, Dia
dekat drp kamu mengetahui segala gerak-geri dan tingkah lakumu mengetahui isi
hati mu denyut jantungmu dan jln fikiranmu. Tuhan itulah yg harus disembah oleh
manusia dgn kepercayaan penuh kpd Keesaan-Nya dan kekuasaan-Nya dan bukan
patung-patung yg kamu perbuat pahat dan ukir dgn tangan kamu sendiri kemudian
kamu sembah sebagai tuhan padahal ia suatu barang yg pasif tidak dapat berbuat
sesuatu yg menguntungkan atau merugikan kamu. Alangkah bodohnya dan dangkalnya
fikiranmu jika kamu tetap mempertahankan agamamu yg sesat itu dan menolak
ajaran dan agama yg telah diwahyukan kpdku oleh Allah Tuhan Yang Maha Esa
itu."</I
Wahai Hud! jawab kaumnya,"Gerangan apakah
yg menjadikan engkau berpandangan dan berfikiran lain drp yg sudah menjadi
pegangan hidup kami sejak dahulu kala dan menjadikan engkau meninggalkan agama
nenek moyangmu sendiri bahkan sehingga engkau menghina dan merendahkan martabat
tuhan-tuhan kami dan memperbodohkan kami dan menganggap kami berakal sempit dan
berfikiran dangkal? Engkau mengaku bhw engkau terpilih menjadi rasul pesuruh
oleh Tuhanmu utk membawa agama dan kepercayaan baru kpd kami dan mengajak kami
keluar dr jln yg sesat menurut pengakuanmu ke jln yg benar dan lurus. Kami
merasa hairan dan tidak dpt menerima oleh akal kami sendiri bhw engkau telah
dipilih menjadi pesuruh Tuhan. Apakah kelebihan kamu di atas seseorg drp kami ,
engkau tidak lebih tidak kurang adalah seorg manusia biasa seperti kami hidup
makan minum dan tidur tiada bezanya dgn kami, mengapa engkau yg dipilih oleh
Tuhanmu? Sungguh engkau menurut anggapan kami seorg pendusta besar atau mungkin
engkau berfikiran tidak sihat terkena kutukan tuhan-tuhan kami yg selalu engkau
eje hina dan cemuhkan."
Wahai kaumku! jawab Nabi Hud, "aku
bukanlah seorg pendusta dan fikiran ku tetap waras dan sihat tidak krg sesuatu
pun dan ketahuilah bhw patung-patungmu yg kamu pertuhankan itu tidak dpt
mendatangkan sesuatu gangguan atau penyakit bagi bandaku atau fikiranku. Kamu
kenal aku, sejak lama aku hidup di tengah-tengah kamu bahawa aku tidak pernah
berdusta dan bercakap bohong dan sepanjang pergaulanku dgn kamu tidak pernah
terlihat pd diriku tanda-tanda ketidak wajaran perlakuanku atau tanda-tanda yg
meragukan kewarasan fikiranku dan kesempurnaan akalku. Aku adalah benar pesuruh
Allah yg diberi amanat utk menyampaikan wahyu-Nya kpd hamba-hamba-Nya yg sudah
tersesat kemasukan pengaruh ajaran Iblis dan sudah jauh menyimpang dr jln yg
benar yg diajar oleh nabi-nabi yg terdahulu krn Allah tidak akan membiarkan
hamba-hamba-Nya terlalu lama terlantar dlm kesesatan dan hidup dlm kegelapan
tanpa diutuskan seorg rasul yg menuntun mereka ke jln yg benar dan penghidupan
yg diredhai-Nya. Maka percayalah kamu kpd ku gunakanlah akal fikiran kamu
berimanlah dan bersujudlah kpd Allah Tuhan seru sekalian alam Tuhan yg
menciptakan kamu menciptakan langit dan bumi menurunkan hujan bagi menyuburkan
tanah ladangmu, menumbuhkan tumbuh0tumbuhan bagi meneruskan hidupmu.
Bersembahlah kpd-Nya dan mohonlah ampun atas segala perbuatan salah dan
tindakan sesatmu, agar Dia menambah rezekimu dan kemakmuran hidupmu dan
terhindarlah kamu dari azab dunia sebagaimana yg telah dialami oleh kaum Nuh
dan kelak azab di akhirat. Ketahiulah bahawa kamu akan dibangkitkan kembali
kelak dari kubur kamu dan dimintai bertanggungjawab atas segala perbuatan kamu
di dunia ini dan diberi ganjaran sesuai dgn amalanmu yg baik dan soleh mendpt
ganjaran baik dan yg hina dan buruk akan diganjarkan dgn api neraka. Aku hanya
menyampaikannya risalah Allah kpd kamu dan dgn ini telah memperingati kamu akan
akibat yg akan menimpa kpd dirimu jika kamu tetap mengingkari kebenaran
dakwahku."
Kaum Aad menjawab: " Kami bertambah yakin
dan tidak ragu lagi bahawa engkau telah mendpt kutukan tuhan-tuhan kami
sehingga menyebabkan fikiran kamu kacau dan akalmu berubah menjadi sinting.
Engkau telah mengucapkan kata-kata yg tidak masuk akal bhw jika kami mengikuti
agamamu, akan bertambah rezeki dan kemakmuran hidup kami dan bahawa kami akan
dibangkitkan kembali dr kubur kami dan menerima segala ganjaran atas segala
amalan kami.Adakah mungkin kami akan dibangkitkan kembali dr kubur kami setelah
kami mati dan menjadi tulang-belulang. Dan apakah azab dan seksaan yg engkau
selalu menakut-nakuti kami dan mengancamkannya kpd kami? Semua ini kami anggap
kosong dan ancaman kosong belaka. Ketahuilah bhw kami tidak akan menyerah kpdmu
dan mengikuti ajaranmu krn bayangan azab dan seksa yg engkau
bayang-bayangkannya kpd kami bahkan kami menentang kpdmu datangkanlah apa yg
engkau janjikan dan ancamkan itu jika engkau betul-betul benar dlm kata-katamu
dan bukan seorg pendusta."
Baiklah! jawab Nabi Hud," Jika kamu
meragukan kebenaran kata-kataku dan tetap berkeras kepala tidak menghiraukan
dakwahku dan meninggalkan persembahanmu kpd berhala-berhala itu maka tunggulah
saat tibanya pembalasan Tuhan di mana kamu tidak akan dpt melepaskan diri dr
bencananya. Allah menjadi saksiku bhw aku telah menyampaikan risalah-Nya dgn
sepenuh tenagaku kpd mu dan akan tetap berusaha sepanjang hayat kandung bandaku
memberi penerangan dan tuntunan kpd jln yg baik yg telah digariskan oleh Allah
bagi hamba-hamba-Nya."
Pembalasan Allah Atas Kaum Aad
Pembalasan Tuhan terhadap kaum Aad yg kafir dan
tetap membangkang itu diturunkan dlm dua perinkat.Tahap pertama berupa
kekeringan yg melanda ladang-ladang dan kebun-kebun mrk, sehingga menimbulkan
kecemasan dan kegelisahan, kalau-kalau mereka tidak memperolehi hasil dari
ladang-ladang dan kebun-kebunnya seperti biasanya.Dlm keadaan demikian Nabi Hud
masih berusaha meyakinkan mereka bahawa kekeringan itu adalah suatu permulaan
seksaan dr Allah yg dijanjikan dan bhw Allah masih lagi memberi kesempatan kpd
mereka utk sedar akan kesesatan dan kekafiran mrk dan kembali beriman kpd Allah
dgn meninggalkan persembahan mrk yg bathil kemudian bertaubat dan memohon ampun
kpd Allah agar segera hujan turun kembali dgn lebatnya dan terhindar mrk dari
bahaya kelaparan yg mengancam. Akan tetapi mereka tetap belum mahu percaya dan
menganggap janji Nabi Hud itu adalah janji kosong belaka. Mereka bahkan pergi
menghadap berhala-berhala mereka memohon perlindungan ari musibah yg mereka
hadapi.
Tentangan mrk terhadap janji Allah yg
diwahyukan kpd Nabi Hud segera mendapat jawapan dgn dtgnya pembalasan tahap
kedua yg dimulai dgn terlihatnya gumpalan awan dan mega hitam yg tebal di atas
mereka yg disambutnya dgn sorak-sorai gembira, krn dikiranya bhw hujan akan
segera turun membasahi ladang-ladang dan menyirami kebun-kebun mereka yg sedang
mengalami kekeringan.
Melihat sikap kaum Aad yg sedang bersuka ria
itu berkatalah Nabi Hud dgn nada mengejek: "Mega hitam itu bukanlah mega
hitam dan awam rahmat bagi kamu tetapi mega yg akan membawa kehancuran kamu
sebagai pembalasan Allah yg telah ku janjikan dan kamu ternanti-nanti utk
membuktikan kebenaran kata-kataku yg selalu kamu sangkal dan kamu dusta.
Sejurus kemudian menjadi kenyataanlah apa yg
diramalkan oleh Nabi Hud itu bahawa bukan hujan yg turun dari awan yg tebal itu
tetapi angin taufan yg dahsyat dan kencang disertai bunyi gemuruh yg
mencemaskan yg telah merosakkan bangunan-bangunan rumah dari dasarnya membawa
berterbangan semua perabot-perabot dan milik harta benda dan melempar jauh
binatang-binatang ternak. Keadaan kaum Aad menjadi panik mereka berlari kesana
sini hilir mudik mencari perlindungan .Suami tidak tahu di mana isterinya
berada dan ibu juga kehilangan anaknya sedang rumah-rumah menjadi sama rata dgn
tanah. Bencana angin taufan itu berlangsung selama lapan hari tujuh malam
sehingga sempat menyampuh bersih kaum Aad yg congkak itu dan menamatkan
riwayatnya dalam keadaan yg menyedihkan itu utk menjadi pengajaran dan ibrah
bagi umat-umat yg akan datang.
Adapun Nabi Hud dan para sahabatnya yg beriman
telah mendapat perlindungan Allah dari bencana yg menimpa kaumnya yg kacau
bilau dan tenang seraya melihat keadaan kaumnya yg kacau bilau mendengar
gemuruhnya angin dan bunyi pohon-pohon dan bangunan-bangunan yg berjatuhan
serta teriakan dan tangisan org yg meminta tolong dan mohon perlindungan.
Setelah keadaan cuaca kembali tenang dan tanah
" Al-Ahqaf " sudah menjadi sunyi senyap dari kaum Aad pergilah Nabi
Hud meninggalkan tempatnya berhijrah ke Hadramaut, di mana ia tinggal
menghabiskan sisa hidupnya sampai ia wafat dan dimakamkan di sana dimana hingga
sekarang makamnya yg terletak di atas sebuah bukit di suatu tempat lebih kurang
50 km dari kota Siwun dikunjungi para penziarah yg datang beramai-ramai dari
sekitar daerah itu, terutamanya dan bulan Syaaban pada setiap tahun.
Kisah Nabi Hud Dalam Al-Quran
Kisah Nabi Hud diceritakan oleh 68 ayat dalam
10 surah di antaranya surah Hud, ayat 50 hingga 60 , surah " Al-Mukminun
" ayat 31 sehingga ayat 41 , surah " Al-Ahqaaf " ayat 21
sehingga ayat 26 dan surah " Al-Haaqqah " ayat 6 ,7 dan 8.
Pengajaran Dari Kisah Nabi Hud A.S.
Nabi Hud telah memberi contoh dan sistem yg
baik yg patut ditiru dan diikuti oleh juru dakwah dan ahli penerangan
agama.Beliau menghadapi kaumnya yg sombong dan keras kepala itu dgn penuh
kesabaran, ketabahan dan kelapangan dada. Ia tidak sesekali membalas ejekan dan
kata-kata kasar mereka dgn serupa tetapi menolaknya dgn kata-kata yg halus yg
menunjukkan bahawa beliau dapat menguasai emosinya dan tidak sampai kehilangan
akal atau kesabaran.
Nabi Hud tidak marah dan tidak gusar ketika
kaumnya mengejek dgn menuduhnya telah menjadi gila dan sinting. Ia dgn lemah
lembut menolak tuduhan dan ejekan itu dgn hanya mengata:"Aku tidak gila
dan bahawa tuhan-tuhanmu yg kamu sembah tidak dapat menggangguku atau mengganggu
fikiranku sedikit pun tetapi aku ini adalah rasul pesuruh Allah kpdmu dan
betul-betul aku adalah seorg penasihat yg jujur bagimu menghendaki kebaikanmu
dan kesejahteraan hidupmu dan agar kamu terhindar dan selamat dari azab dan
seksaan Allah di dunia mahupun di akhirat."
Dalam berdialog dgn kaumnya.Nabi Hud selalu
berusaha mengetok hati nurani mereka dan mengajak mereka berfikir secara
rasional, menggunakan akal dan fikiran yg sihat dgn memberikan bukti-bukti yg
dapat diterima oleh akal mereka tentang kebenaran dakwahnya dan kesesatan jln
mereka namun hidayah iu adalah dari Allah, Dia akan memberinya kpd siapa yg Dia
kehendakinya.


0 komentar:
Posting Komentar